Showing posts with label Wishes. Show all posts
Showing posts with label Wishes. Show all posts

Wednesday, June 20, 2018

HARI RAYA 2018


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Salam aidilfitri untuk tahun 2018. Maaf kan segala salah silap yang membuatkan anda terguris & sedih. Maafkan juga silap ahli keluarga, sahabat & saudara yang pernah membuat silap. Setiap manusia ada kelemahan tersendiri, setiap mereka pasti ada melakukan kesilapan sama ada secara sengaja ataupun tidak. 




Tuesday, June 12, 2018

TIPS AIDILFITRI 2018



SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN 


Hari Raya AidilFitri tinggal 1 hari sahaja lagi! Mesti ramai tak sabar nak menyambut hari kemenangan orang Islam selepas berpuasa 1 bulan ni.. Tapi, dalam keseronokan, jom baca tips sebelum pulang ke kampung; 


TIPS; 

1) Pastikan kenderaan yang ingin dinaiki selamat dan tiada sebarang tanda kerosakan yang boleh membahayakan keselamatan ketika perjalanan pulang ke kampung halaman.


2) Pastikan keadaan rumah yang ingin ditinggalkan dalam masa yang lama dalam keadaan berkunci dan tutup segala elektrik yang boleh menyebabkan kebakaran.


3) Pastikan perkakas ubat-ubatan yang diperlukan untuk kanak-kanak dan orang dewasa mencukupi bagi mengelakkan sakit ketika hari raya.


4) Pastikan baju raya dibawa bersama, kalau tak nanti macam mana kita nak beraya, hehehe... 

Anda ada tips lain? Jom share dengan kami dekat ruangan komen.. 












Tuesday, May 29, 2018

Ramadhan 2018





Ramadhan 2018 lagi berapa minggu je nak habis kan? Dah siapkan persiapan untuk raya ni?
Haaa, mesti shopping kaw kaw kan? Yela, banyak promosi nak raya ni...

Promosi untuk PSK Malaysia pun akan berakhir tak lama lagi.. Esok last day untuk promosi raya tahun ni.. 

Jangan tunggu lama lama ya! Nanti promosi habis, melopong pula mata...